Personaliti, Motivasi, Otonomi Pembelajaran dan Gaya Kepimpinan: Pengaruh Terhadap Prestasi Kerja

2015 
Dalam konteks kerja dan organisasi dewasa ini, faktor personaliti, motivasi, otonomi pembelajaran dan gaya kepimpinan merupakan antara anteseden penting dalam mempengaruhi prestasi pekerja. Untuk tujuan kertas ini, pengkaji akan menyorot literatur kajian terdahulu bagi mengenal pasti kepentingan dan peranan personaliti, motivasi, otonomi pembelajaran dan gaya kepimpinan dalam pembentukan prestasi kerja yang efektif. Selain daripada itu, perbincangan tentang bagaimana Teori Efikasi Kendiri (Bandura, 1977), Teori Tindakan Beralasan dan Teori Perlakuan Terancang (Ajzen 1988) memainkan peranan dalam pembentukan kerangka teori kajian ini turut diperjelaskan. Secara umumnya, pengkaji membuktikan bahawa prestasi kerja seseorang individu pekerja itu mampu ditingkatkan sekiranya gabungan antara anteseden yang dicadangkan berada dalam keadaan yang baik. Walau bagaimanapun, kemampuan seseorang individu pekerja itu adalah bergantung kepada keupayaannya mengawal dan menyelia kebolehan diri untuk terus cemerlang dan berprestasi tinggi.
    • Correction
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []