PENGLIBATAN WANITA SEBAGAI PENENTU DASAR DARI SUDUT PANDANG AL SIYĀSAH AL-SYARcIYYAH: KAJIAN KES SEKTOR PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA: WOMEN INVOLVEMENT IN DECISION-MAKING FROM THE VIEWPOINT OF AL SIYĀSAH AL-SYARcIYYAH: A CASE STUDY ON THE ISLAMIC BANKING SECTOR IN MALAYSIA

2020 
Kerajaan Malaysia telah menggubal Dasar Wanita Negara (DWN) dan pelancaran pertamanya adalah pada tahun 1989 sehingga ke tahun 2020. Antara matlamat DWN, ialah perkongsian saksama antara wanita dan lelaki dalam memperoleh dan mengawal sumber dan peluang penyertaan serta menikmati manfaat pembangunan. Ini adalah peluang yang amat baik untuk menampilkan keupayaan wanita dalam semua sektor ekonomi negara. Kertas ini cuba menggariskan keserasian usaha ini dengan prinsip-prinsip al Siyāsah al Syarciyyah.yang memartabatkan tadbir urus yang baik, penglibatan holistik, keperluan manusia dan kepentingan bersama.   Kertas ini mengutarakan satu kajian kes yang meneliti lantikan wanita yang menganggotai lembaga pengarah bank dan badan penasihat Syariah bank di 16 buah institusi bank Islam di Malaysia dari tahun 2012 sehingga tahun 2018, suatu lantikan yang penting dan melibatkan pembuatan keputusan dalam sektor tersebut.  Kajian mendapati bahawa sungguhpun tenaga kepakaran Malaysia di dalam sektor perbankan Islam telah diiktiraf di persada antarabangsa, penglibatan wanita sebagai penentu dasar dalam tempoh masih tidak mencapai sasaran minima 30%. Kertas ini mencadangkan peningkatan penglibatan wanita dalam sektor ini. Penglibatan wanita secara umum dalam penentuan dasar juga adalah selari dengan semangat al Siyāsah al Syarciyyah untuk tadbir urus yang baik, penglibatan menyeluruh dan kelestarian pembangunan.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    5
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []