Bimbingan guru pembimbing terhadap guru pelatih dalam latihan mengajar

2006 
Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru pelatih terhadap bimbingan guru pembimbing semasa sesi latihan mengajar. Lapan puluh orang responden yang dipilih adalah terdiri daripada pelajar yang sedang mengikuti kursus tahun empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Awam, Elektrik, Jentera dan Kemahiran Hidup), Fakulti Pendidikan, Univesiti Teknologi Malaysia. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan keseluruhan guru pelatih telah mendapat bimbingan daripada guru pembimbing mereka daripada aspek persediaan mengajar, penyampaian serta penilaian isi pelajaran. Walau bagaimanapun, mereka kurang mendapat bimbingan untuk meningkatkan profesionalisme mereka sebagai seorang guru kelak. Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa guru-guru pembimbing yang dilantik telah memainkan peranan mereka sebagai pembimbing kepada guru pelatih. Sungguhpun begitu masih terdapat kelemahan bimbingan dari aspek peningkatan profesionalisme.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []