Didaktisisme Islami dalam Cerpen Melayu Mutakhir (Islamic Didacticism in Contemporary Malay Short Stories)

2019 
Hubungan rapat “pengarang guru” dalam perkembangan cerpen Melayu bermula seawal dekad 20-an dengan kebanyakan iltizamnya menulis akan perihal pendidikan. Senarai panjang golongan ini bukan hanya dalam ruang kawasan persekolahan, malah mereka seterusnya merupakan “pengarang guru” yang memberi kuliah di universiti. Kamariah Kamarudin merupakan nama terkini dalam senarai panjang berkenaan. Pengalaman membaca sebuah karya terbaru Kamariah Kamarudin, menerusi kumpulan cerpen Catatan Cinta Anakanda Bonda (ITBM 2013), melihat hubungannya dengan jurus pendidikan yang diwakili sama ada sebagai latar pengajian atau kerjaya. Kajian memanfaatkan prinsip Takmilah dan konsep “didaktisisme.” Dapatan kajian memerihalkan didaktisisme secara berstruktur, memenuhi ruang naratif “ langgam keilmiahan” kumpulan cerpen Catatan Cinta Anakanda Bonda. Didaktisisme yang diungkap dalam perihal syukur, mengimani qada dan qadar, rendah hati, dan kejujuran akademia. Begitu dimanfaatkan juga adalah rujukan agung dalam ajaran Islam iaitu al-Quran, pemaknaan Asmaul Husna dan buku, kitab dan prinsip Takmilah. Kreativiti Kamariah Kamarudin dilaksanakan dengan perkakasan sastera termasuk watak, latar akademia, dan plot “esei ilmiah.” Kesendengan didaktisisme Islami diabsahkannya menerusi “khatimah” atau “epilog” yang menggurui khalayak sebagai ibrah dan mau’izzah, pengajaran dan peringatan. Kata kunci: Cerpen Melayu; didaktisisme; gaya penulisan; Islam; Kamariah Kamarudin  Abstract There was “author-teacher” in Malay short stories development in the 1920s whom the group of authors with the aspiration of writing about education. The “teachers in school” were transformed to “teachers in the varsity”. Kamariah Kamarudin is among the current scholars who are writing creatively. Her latest compilation of short stories, Catatan Cinta Anakanda Bonda (ITBM, 2013), presented the education elements influenced by her education and scholarship. Takmilah and didacticism used to analyze her work. Structured didacticism discovered as the “scholarly style” in those short stories. Didacticism was in a form of grateful, belief in qada and qadr, humble and academia sincerity. She has also referred the Islamic resources as al-Qur’an, asmaul husna, religious books and the principles of Takmilah. Kamariah Kamarudin creatively utilized literary devices such as characters, academia setting and “academic essay plot.” The Islamic didacticism approved by the “epilogue” which educates the readers as ibrah and mau’izzah, a reminder. Keywords: Malay short stories; didacticism; style of writing; Islam; Kamariah Kamarudin
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []