Persepsi Pelajar Tahun 3 Dan 4 Sm Sains Serta Pendidikan (pengajian Islam) Terhadap Perlaksanaan Sistem Penasihat Akademik Dalam Meningkatkan Kecemerlangan Pelajar.

2003 
Kajian berbentuk deskriptif yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kaedah-kaedah yang digunakan dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar, baik dari aspek akademik, sahsiah mahupun hubungan pelajar dengan Penasihat Akademik serta keberkesanan sistem ini terhadap pelajar. Kajian ini dijalankan ke atas pelajar tahun tiga dan empat kursus Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Penyelidik telah menggunakan perisian Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) versi 11.0. Perisian ini digunakan bagi mendapatkan peratusan dan min bagi setiap item dalam kajian ini. Daripada hasil kajian data, didapati bahawa terdapat kaedah-kaedah yang digunakan oleh Penasihat Akademik dalam membantu meningkatkan tahap kecemerlangan pelajar. Analisa juga menunjukkan bahawa terdapat kaedah-kaedah tertentu sahaja yang digunakan oleh Penasihat Akademik dalam meningkatkan akademik pelajar, manakala analisa lain menunjukkan tidak banyak kaedah yang digunakan oleh Penasihat Akademik dalam meningkatkan sahsiah pelajar. Analisis mengenai hubungan pelajar dengan Penasihat Akademik pula menunjukkan tahap hubungan mereka masih lagi di tahap yang rendah. Dari aspek keberkesanan sistem ini pula, analisis membuktikan sistem ini tidak memberi impak yang besar terhadap kecemerlangan pelajar. Kesimpulannya, sistem ini tidak banyak membantu pelajar dalam meningkatkan kecemerlangan.
    • Correction
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []