Kemahiran sebutan huruf dan penyampaian dalam debat Bahasa Arab pelajar universiti di Malaysia

2012 
Tidak dapat dinafikan bahawa bagi perajar Bahasa Arab khususnya pendebat memiliki kemahiran sebutan huruf dan penyampaian dalam berbahasa. pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi menguasai kemahiran ini, antaranya ialah aktiviti debat yang dianggap sebagai salah satu aktiviti yang efektif dan positif Justeru, kajian ini mengenal pasti tahap kemahiran pendebat dalam sebutan huruf dan penyampaian ketika menyertai pertandingan debat Bahasa Arab. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan ananalisis kualitatif dalam menghuraikan aspek sebutan huruf dan penyampaian. Responden dipilih daripada pertandingan debat persahabatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Data diambil daripada dua orang pakar yang ditemubual bagi mendapatkan hasil kajian yang kukuh. Hasil kajian mendapati beberapa huruf konsonan Arab perlu diberi perhatian iaitu; ha,ain' qaf tha, dhad, kha dan sad manakala huruf mad yang paling kerap didapati berlaku kesalahan sebutan iaitu: ya (y) diikuti oleh ,tif dan wau(w). Manakala bagi aspek penyampaian terdapat perkara-perkara penting yang perlu dielakkan, iaitu kekerapan genggaman tangan, ekspresi muka yang tidak bersungguh-sungguh ketika menyampaikan isi, tidak memperlahankan empat perkataan akhir dalam ayat dan kontak mata yang kurang baik dihadapan audiens. Dalam aspek tekanan suara dan intonasi, didapati bahawa para pendebat kurang memberi perhatian ketika menyebut perkataan, tarikh, nama, ayat-ayat positif dan negatif serta apabila melontarkan soalan.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    2
    Citations
    NaN
    KQI
    []