Pengetahuan asas dalam ekonomi dan kemahiran matematik mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus makroekonomi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
2008
Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh pengetahuan asas ekonomi dan kemahiran
matematik terhadap pencapaian pelajar dalam kursus Pendidikan Makroekonomi
(PEG1013) di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, UPSI. Bagi mengkaji pengaruh faktor
pengetahuan asas ekonomi, gred yang diperoleh dalam subjek Ekonomi Asas (SPM),
Ekonomi (STPM) dan gred bagi kursus Prinsip Ekonomi (PEA 1013) telah dipilih.
Manakala bagi mengkaji pengaruh faktor kemahiran matematik pula, gred bagi subjek
Matematik Moden dan Matematik Tambahan (SPM) di ambil kira. Kajian kuantitatif ini
telah dijalankan ke atas 217 pelajar ekonomi yang terpilih (major dan minor). Pengaruh
faktor pengetahuan asas ekonomi dan kemahiran matematik terhadap pencapaian pelajar
dalam kursus Pendidikan Makroekonomi telah dianalisis menggunakan Analisis Korelasi
Spearman. Ujian Mann-Whitney pula, telah digunakan untuk membuat perbandingan
terhadap pencapaian pelajar di antara dua kumpulan iaitu mereka yang mempunyai
pengetahuan asas dalam ekonomi dengan yang tidak mempunyai pengetahuan asas
ekonomi. Hasil kajian yang diperoleh mencadangkan bahawa terdapat hubungan positif
antara faktor pengetahuan asas ekonomi dan kemahiran matematik dengan pencapaian
pelajar dalam kursus Pendidikan Makroekonomi. Tambahan pula, dapatan daripada Ujian
Mann-Whitney menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi
pencapaian pelajar di antara kumpulan yang mempunyai pengetahuan asas ekonomi
dengan kumpulan pelajar yang tidak mempunyai pengetahuan asas dalam ekonomi.
- Correction
- Cite
- Save
- Machine Reading By IdeaReader
0
References
0
Citations
NaN
KQI