GAGASAN PENDIDIKAN AMINUDDIN BAKI DALAM PERJUANGAN GPMS

2017 
Aminuddin Baki merupakan seorang tokoh akademik yang sering memperjuangkan agenda pendidikan sepanjang hayatnya. Dalam hal ini, beliau telah menubuhkan persatuan NGO seperti Gabungan Pelajar Mahasiswa Semenanjung (GPMS) untuk meneruskan kelangsungan perjuangannya kepada generasi muda. GPMS ditubuhkan untuk menyatupadukan pelajar-pelajar Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan menyedarkan mereka tentang kemunduran orang Melayu khususnya dalam bidang pendidikan. Selain itu, sebagai seorang pejuang budaya dan bangsa, Aminuddin juga sentiasa merancang strategi untuk menjamin kedudukan Bahasa Melayu diletakkan ditempatnya yang hakiki dalam sistem pendidikan kebangsaan iaitu sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkat persekolahan. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan pendekatan biografi yang mengkaji pemikiran tokoh. Data dikumpulkan menggunakan kaedah dokumentasi dan dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dan pembentukan tema-tema. Kertas kerja ini akan menghuraikan gagasan pemikiran pendidikan Aminuddin Baki yang menjadi aspirasi perjuangan Gabungan Pelajar Mahasiswa Semenanjung (GPMS). Idealismenya masih hidup dan sedang dipraktikkan sehingga kini.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    1
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []