USLŪB DAKWAH DALAM DĪWĀN IMAM SHĀFIᶜĪ

2015 
Kajian ini bertujuan mengenal pasti uslub dakwah yang terdapat dalam puisi Imam Shāfi’ī, salah seorang ulama dan dāᶜi yang masyhur pada kurun kedua hijrah. Kesarjanaan beliau meliputi bidang fiqah, usul fiqah dan bahasa Arab. Meskipun begitu masyarakat lebih mengenali beliau selaku seorang faqih berbanding pemuisi. Beliau gigih berdakwah memberi kefahaman kepada umat Islam melalui lisan dan tulisan. Puisi beliau harus diketengahkan sebagai satu bentuk kajian kerana kebolehan beliau mengintegrasikan antara nilai dakwah dan sastera. Sebahagian besar isi kandungan puisi beliau soal moral, nasihat dan keadaan masyarakatnya pada zaman tersebut. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan menjadikan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Bait-bait puisi yang terkandung dalam Dīwān Imam Shāfi’ī dianalisis untuk mengenal pasti uslub dakwah yang terkandung dalamnya. Hasil kajian ini mendapati antara uslub dakwah yang terdapat dalam puisi beliau ialah uslub jenaka, mengelak berdebat dengan safih, berdebat dengan sopan dan membalas keburukan dengan keburukan.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []