Drama adaptasi Korea: suatu analisis terhadap pemaparan Islam dalam drama My Coffee Prince

2020 
Pada masa kini, antara corak dalam penghasilan drama tempatan adalah merupakan drama adaptasi yang diambil daripada negara luar. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana pemaparan Agama Islam diketengahkan dalam drama adaptasi daripada Korea Selatan. Dari situ, pengkaji akan dapat mengetahui jika terdapatnya tembusan dan silang budaya yang berlaku di dalam drama adaptasi tersebut. Rentetan itu, kaedah yang digunakan untuk kajian ini adalah menerusi pendekatan kualitatif analisis tekstual ke atas drama My Coffee Prince yang diadaptasi daripada siri popular Korea The 1st Shop of Coffee Prince. Hasil kajian mendapati bahawa walaupun drama ini merupakan sebuah drama adaptasi namun elemen kepada agama serta ajaran Islam itu masih ditonjolkan dan dipertontonkan kepada masyarakat dengan jelas dan tepat.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []