Sains dalam kerangka Islam: perspektifamalan saintis Muslim silam

2017 
Al-Quran dan al-Sunnah merupakan penggerak dan pencetus serta pendorong terawal umat Islam agar memperkembangkan ilmu budaya Islam dalam pelbagai bidang. Ia juga berperanan dalam memotivasikan umat Islam agar berusaha meneroka dan membongkar pelbagai lapangan keilmuan yang merangkumi ilmu berteraskan akal, sains tabii dan sains berbentuk teknikal yang pada peringkat awal perkembangannya. Perkembangan pesat ketamadunan Islam terbukti telah menyaingi tamadun-tamadun lain yang terdahulu. Di sini penulis menggunakan kaedah analisis kandungan yang meneliti kerangka epistemologi sains dalam Islam. Selain itu, kaedah pensejarahan dan perbandingan yang meneliti asal usul ilmu sains Islam serta perkaitannya. Melalui kaedah penelitian sosiologi yang digunakan, penulis meneliti latar belakang masyarakat yang mempengaruhi perkembangan ilmu sains Islam. Keunikan sains Islam terletak pada sumber primer ilmunya dan penggunaan pelbagai kaedah saintifik yang telah mencorakkan bentuk dan ciri utama sifatnya. Sains Islam adalah bersifat mencari matlamat yang subjektif di dalam rangka kerja yang objektif. Matlamat sains Islam termasuklah juga mencari keredhaan Allah, mementingkan kemaslahatan ummah dan mengutamakan nilai-nilai Islam yang syumul serta adil. Keunggulan sains Islam terhasil daripada kekuatan dalaman saintis Muslim yang menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber ilmu utama dan kegiatan intelektual mereka yang dinamis dan kreatif serta berintegriti tinggi.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []