Kerangka Tashih Mushaf al-Quran Digital : Pendekatan Pengecaman Corak

2018 
Monitoring mushaf Al-Quran is essential to maintain the sanctity of the Al-Quran. Therefore, any re-publication manuscripts of the Koran requires the approval from the Board of Control and Licence Al‐Quran printings (LPPPQ), Ministry of Home Affairs (KDN), Malaysia. Unintentionally errors in writing, printing, and compilation in the re-publication of the manuscripts of the Koran may cause the society to wrongly construed the meaning of the Koran and may lead to misleading the understanding of Islam. This problem could result in disharmony in the Muslim community. There are two types of manuscripts are available in Malaysia, there in the form of books and also digital. However, in the market, there are also manuscripts that have not approved for publication from LPPPQ. Therefore, it is essential to have a review the validity of manuscripts process to assist LPPPQ to overcome this problem. The conventional approach used by LPPPQ is to use experts who are proficient in the Qur'an. However, the rapid pace of technology necessary to transition the technology with the use of computer technology. Therefore, a framework and Tashih mushaf Quran (TasMuQ)  system have been successfully developed in our research. This proposed framework will process images of manuscripts Al-Quran text obtained from the website or the camera. This framework is named as TasMuQ where this framework will describe how manuscripts images are processed to extract information about manuscripts writers, publishers, years certified by KDN that can be generated. This framework will provide a guide to system developers who want to develop or expand this TasMuQ application. ABSTRAK Pemantauan mushaf Al-Quran adalah sangat penting bagi menjaga kesucian Al-Quran. Oleh itu, sebarang penerbitan semula mushaf Al-Quran perlu mendapatkan kelulusan dari Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan Al-Quran (LPPPQ) Malaysia, Kementerian Dalam Negeri (KDN). Kesilapan dalam penulisan, pencetakan dan penyusunan dalam penerbitan semula mushaf Al-Quran boleh menyebabkan masyarakat tersalah-ertikan maksud sebenar ayat Al-Quran dan mungkin akan mengakibatkan terpesongnya kefahaman tentang Islam. Hal ini akan mengakibatkan ketidakharmonian dalam masyarakat Islam. Terdapat dua jenis bentuk mushaf yang terdapat di Malaysia iaitu dalam bentuk kitab dan juga digital. Walau bagaimanapun, di pasaran terdapat juga mushaf yang tidak mendapat kelulusan penerbitan dari LPPPQ. Oleh itu, adalah penting untuk mempunyai satu proses semakan kesahihah mushaf bagi membantu pihak LPPPQ dalam mengatasi masalah ini. Pendekatan yang digunakan oleh LPPPQ adalah menggunakan tenaga pakar yang mahir Al-Quran.  Walau bagaimanapun, kepesatan teknologi perlu kepada peralihan teknologi iaitu dengan pendekatan penggunaan teknologi komputer. Oleh itu, satu kerangka dan sistem Tashih mushaf Al-Quran (TasMuQ) telah berjaya dibangunkan dalam penyelidikan kami. Kerangka yang dicadangkan ini akan memproses imej teks mushaf Al-Quran yang diperoleh dari laman sesawang mahupun dari kamera. Kerangka tashih ini dinamakan sebagai TasMuQ di mana kerangka ini akan membincangkan bagaimana imej mushaf diproses sehinggakan maklumat mengenai pencatat mushaf, penerbit, tahun disahkan oleh KDN dapat dihasilkan. Kerangka ini akan memberikan satu panduan kepada pembangun-pembangun sistem yang ingin membangunkan atau mengembangkan aplikasi TasMuQ ini.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    8
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []