Students Difficulties On Topic Of Trigonometric Functions

2011 
Kajian ini mengkaji tahap penguasaan fungsi trigonometri di kalangan pelajar,masalah pembelajaran fungsi trigonmetri serta cadangan-cadangan guru untuk menyelesaikan masalah pembelajaran tajuk tersebut. Kajian ini dijalankan di kalangan pelajar tingkatan 5 aliran sains yang mempelajari tajuk Fungsi Trigonometri dengan menggunakan kaedah diagnosis di dua buah sekolah menengah yang dipilih di daerah Batu Pahat. Instrumen kajian yang digunakan adalah ujian diagnostik,temubual dan pemerhatian.Seramai seratus enam puluh orang pelajar aliran sains dipilih secara rawak untuk menjawab ujian diagnostik ini dan dua orang guru yang mengajar matematik dan matematik tambahan dipilih untuk ditemubual.Kesilapan pelajar dalam ujian dikategorikan kapada tiga jenis; kesilapan cuai,kesilapan rawak dan juga kesilapan sistematik. Dapatan ujian diagnostic menunujukkan tahap penguasaanpelajar dalam tajuk Fungsi Trigonometri adalah sederhana.Dapatan kajian daripada temubual guru menunjukkan bahawa pelajar selalu mengguna salah formula dan juga tidak mahir lukis graph sin, kos dan tan serta cadangan daripada guru adalah mengajar menggunakan cara segitiga mencari sudut dan juga mengadakan latihan tubi. Untuk meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam fungsi trigonometri, beberapa cadangan telah dikemukakan di akhir kajian ini , seperti kepelbagaian strategi pengajaran dan penilaian dari semasa ke semasa.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []