Pembangunan Dan Penilaian Modul Masakan (kuih tempatan) Berasaskan Pendekatan Pendidikan Holistik dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Ekonomi Rumah tangga Tingkatan Satu

2012 
Kajian mengenai pembangunan dan penilaian modul berasaskan pendekatan pendidikan holistik ini adalah bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai holistik didalam diri pelajar selaras dengan intelektual dan spiritual sebagai seorang khalifah. Kajian turut menerapkan nilai-nilai kepercayaan kepada tuhan, tanggungjawab kepada diri sendiri, tanggungjawab terhadap alam sekitar dan tanggungjawab kepada orang lain dalam masakan bagi penyediaan kuih tempatan mengikut huraian sukatan pelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Seramai 22 orang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti Dua yang mengambil mata pelajarana Ekonomi Rumah Tangga dalam Kemahiran Hidup terlibat sebagai sampel kajian. Soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B dijadikan sebagai instrumen kajian. Bahagian A terdiri daripada latar belakang responden manakala bahagian B terdiri daripada 25 item yang melibatkan empat soalan kajian. Data-data kajian yang dikumpul menggunakan perisian tatistical Package for the Social Sciences version 16.0 (SPSS v16.0) dipersembahkan dalam bentuk peratusan bagi data bahagian A dan min bagi data bahagian B. Penilaian terhadap modul yang telah dibangunkan ditentukan berdasarkan perbezaan min ujian pra dan min ujian pos yang telah dijalankan ke atas responden yang menjalani implementasi modul pengajaran berasaskan holistik. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min yang tinggi diantara ujian pra dan ujian pos didalam kajian ini. Dapatan bagi sesi temubual pula mendapati bahawa setiap pelajar yang terlibat dalam temubual ini menyatakan keberkesanan mengenai pendekatan modul berdasarkan empat soalan kajian yang dibina. Secara keseluruhannya, kefahaman pelajar mengenai pengajaran berasaskan pendekatan pendidikan holistik adalah sangat lemah sebelum implementasi modul dijalankan berbanding selepas pelaksanaan modul. Cadangan kajian lanjutan bagi Pembangunan dan Penilaian Modul Berdasarkan Pendekatan Pendidikan Holistik ini adalah dengan menambah baik aplikasi grafik yang digunakan bagi membangunkan modul yang lebih baik dari segi penggunaan warna dan, latar belakang agar dalam menarik minta pelajar. Perubahan perlu dilakukan agar pembelajaran sentiasa menjadi sesuatu yang baru bagi pelajar.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []