Tahap Kualiti Makanan Di Kafetaria Universiti Teknologi malaysia, Skudai

2012 
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kualiti makanan di kafetaria Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru. Terdapat lapan konstruk kualiti makanan yang dikaji iaitu kepelbagaian sumber bahan makanan, keseimbangan nutrisi, rupa makanan, tekstur makanan, rasa masakan, kepelbagaian menu, kaedah memasak dan suhu makanan. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Kebolehpercayaan item dalam borang soal selidik diukur oleh pengukuran Rasch Model menggunakan perisian Winstep 3.72.3 dimana nilai kebolehpercayaan yang diperolehi adalah 0.98. Secara keseluruhannya, pembolehubah-pembolehubah yang dikaji mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 375 orang pelanggan kafetaria dalam kalangan pelajar-pelajar di UTM. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for social Science (SPSS) versi 16.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kualiti makanan di kafetaria UTM berdasarkan 8 pembolehubah yang dikaji berada ditahap sederhana. Di antara cadangan kajian lanjutan bagi kajian ini adalah mengaplikasikan rekabentuk kualitatif menggunakan kaedah mengumpul data temubual dan pemerhatian bagi mendapatkan dapatan kajian yang lebih tepat dan mendalam.
    • Correction
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []