Tinjauan awal terhadap pemilihan kerjaya kedua sebagai pendidik di PERHEBAT, Malaysia

2016 
Kajian ini dilaksanakan bertujuan menyelidik persepsi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkenaan dengan pemilihan kerjaya selepas bersara dalam bidang pendidikan. Kajian ini untuk menentukan tahap kecenderungan responden dalam memilih profesion pendidik sebagai kerjaya kedua. Metodologi kajian menggunakan kaedah kuantitatif secara tinjauan dengan borang soal selidik yang melibatkan seramai 297 anggota ATM dari pelbagai pangkat yang sedang mengikuti Program Latihan Peralihan Sesi 2015/2016 di Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (PERHEBAT), Sungai Buloh, Selangor. Hasil kajian menunjukkan bahawa sebanyak 239 responden (80.4%) mempunyai kecenderungan untuk memilih kerjaya sebagai pendidik bagi kerjaya kedua mereka. Sehubungan dengan itu, hasil kajian ini diharap dapat menyumbangkan data emprikal yang kukuh kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam mempertimbangkan calon pendidik dari kalangan bekas anggota tentera di institusi pendidikan seliaan KPM. Seterusnya, di pihak PERHEBAT mampu menambah baik program latihan peralihan yang sejajar dengan permintaan daripada anggota ATM sendiri .
    • Correction
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []