Halangan Masyarakat Dalam Sistem Penyampaian Program Pendidikan: Satu Kajian Kes Di Baling, Kedah

2020 
Sistem penyampaian yang berkesan adalah penting bagi menyebarkan sebarang bentuk maklumat berkaitan pendidikan kepada masyarakat. Intipati sebarang program pendidikan tidak dapat disampaikan kepada masyarakat sekiranya terdapat halangan kepada masyarakat untuk mendapatkan maklumat. Rentetan daripada masalah ini, satu penyelidikan kualitatif dijalankan disebuah sekolah di Baling, Kedah bagi mengenal pasti halangan masyarakat dalam mendapatkan maklumat daripada pihak sekolah. Sejumlah 10 orang ibu bapa serta lima wakil pelaksana daripada agensi kerajaan telah terlibat dalam proses temubual secara mendalam. Analisis bertema digunakan bagi menganalisis data yang diperolehi. Hasil kajian mendapati, kos yang tinggi, masa yang terhad, kewangan yang tidak kukuh, sikap negatif terhadap pendidikan serta kekurangan kebolehcapaian adalah antara halangan utama kepada masyarakat Baling mendapatkan maklumat pendidikan yang sewajarnya. Satu cadangan intervansi dengan pendekatan “bawah atas” digunakan bagi melihat kepada masalah ini. Kata kunci: Masyarakat, Sistem penyampaian, Program pendidikan, Bawah-atas.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []