ISLAMISASI NEGARA MALAYSIA DALAM KONTEKS GAGASAN ISLAMISASI ILMU SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-‘ATTAS: SATU TINJAUAN

2017 
Islamisasi ilmu adalah cetus idea yang dikemukakan oleh Prof. Syed Naquib Al-Attas sekitar awal 80-an dan kemudian kembangkan oleh seorang tokoh lagi iaitu Ismail R. al-Faruqi. Tetapi Islamisasi telah berlaku sejak dari awal kedatangan Islam ke alam Melayu secara berperingkat. Menurut al-Attas proses Islamisasi mestilah bermula dengan Islamisasi ilmu. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini melatari perkembangan sejarah Islamisasi sejak awal pra kemerdekaan sehingga kini mengikut konteks gagasan Islamisasi yang diperkenalkan oleh al-Attas. Kertas kerja ini juga melakukan beberapa tinjauan mengenai impak dan cabaran yang berlaku ketika berlakunya proses Islamisasi ini. Tinjauan juga mendapati, Islamisasi belum dapat disempurnakan disebabkan beberapa kekangan tetapi peranan pelbagai pihak khususnya pemerintah Melayu Islam mewujudkan ruang untuk agama Islam terus berkembang di Malaysia tanpa menolak proses modenisasi dan menjadikan islam sebagai teras pembangunan.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    2
    Citations
    NaN
    KQI
    []