Kualiti institusi, makroekonomi dan pelaburan langsung asing (PLA):kajian data panel di negara MENA

2013 
Kertas ini mengkaji pengaruh pemboleh ubah institusi dan makroekonomi terhadap pelaburan langsung asing (PLA) di negara MENA (Middle East and North Africa) dengan menggunakan kaedah penganggaran data panel ‘Pooled Mean Group’ (PMG). Fokus utama kajian adalah untuk menguji pengaruh beberapa komponen pemboleh ubah institusi iaitu kestabilan kerajaan, profil pelaburan, konflik dalaman, rasuah dan kualiti birokrasi terhadap aliran masuk PLA ke negara MENA. Hasil kajian mendapati faktor institusi memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi aliran masuk PLA ke negara MENA. Subkomponen pemboleh ubah institusi iaitu kestabilan kerajaan, profil pelaburan, konflik dalaman dan kualiti birokrasi adalah signifikan dan berhubung positif dengan aliran masuk PLA ke negara MENA dalam jangka masa panjang. Walau bagaimanapun, rasuah berhubung secara negatif dengan PLA dalam jangka masa panjang. Selain itu, pembolehubah makroekonomi seperti pertumbuhan KDNK dan keterbukaan ekonomi juga memberi kesan yang positif kepada kemasukan PLA ke negara MENA. Sebaliknya, dalam jangka pendek, semua subkomponen pemboleh ubah institusi dan pemboleh ubah makroekonomi tidak signifikan dalam mempengaruhi aliran PLA ke negara MENA. Oleh itu, dalam usaha menarik pelaburan asing, pembuat dasar di negara MENA perlu menyediakan persekitaran pelaburan yang mesra kepada pelabur dan meningkatkan kualiti institusi domestik.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []