Pusat kecemerlangan akademik: peer tutoring pembentuk generasi cemerlang

2006 
Pusat Kecemerlangan Akademik (PKA) yang ditubuhkan di UiTM Terengganu adalah untuk membantu pelajar-pelajar menangani permasalahan akademik. Dua program utama yang diaturkan ialah Program Mentor-Mentee (PMM) dan juga Program Tutor Muda (PTM). PMM memerlukan penglibatan pensyarah bagi mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh para pelajar. PTM yang menerapkan konsep peer tutoring pula merupakan satu program bagi pembentukan budaya mencari ilmu dan juga budaya kecemerlangan bersama. PTM ini dikendalikan oleh tutor yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang cemerlang bagi menggilap kecemerlangan mereka melalui khidmat sosial dan menunaikan tanggungjawab kepada warga kampus yang memerlukan. Berdasarkan maklumbalas tutor terhadap program PTM ini, didapati terdapat perubahan positif yang mereka alami selepas menyertai PTM. Kertas kerja ini akan membincangkan bagaimana PTM yang dibentuk oleh PKA dapat membantu UiTM Terengganu di dalam membudayakan konsep kecemerlangan dan juga melahirkan generasi ilmuan yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik tetapi mempunyai jati diri, berketerampilan dan mampu mewujudkan integrasi sosial yang mampan.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []