FUNGSI PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN PERINTAH NAFKAH BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (BSK JKSM) MENURUT MAQĀṢID AL-SHARĪ‘AH

2018 
Isu tunggakan nafkah isteri dan anak telah menjadi satu masalah kepada negara sehingga pihak kerajaan membuat keputusan menubuhkan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada 7 Jun 2007. BSK JKSM ditubuhkan khusus bagi menangani masalah tunggakan nafkah isteri dan anak melalui proses penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah Mahkamah Syariah negeri-negeri di seluruh Malaysia. Hukum menunaikan nafkah isteri dan anak adalah wajib menurut hukum syarak. Namun begitu kes pengabaian nafkah isteri dan anak kian meningkat setiap tahun bahkan perintah pembayaran oleh Mahkamah Syariah turut tidak diendahkan dan tidak dilaksanakan. Oleh itu perlu diketengahkan bahawa fungsi penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah oleh BSK JKSM melalui Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga (SBSK) negeri-negeri dalam tempoh sembilan tahun ditubuhkan amatlah signifikan menurut Maqāṣid al-Sharī‘ah dalam mendatangkan kebaikan dan mengetepikan kemudharatan. Kajian ini menggunapakai kaedah eksploratori melalui metod dokumentasi kepustakaan dan kajian kes serta metod deskriptif kepada dapatan statistik kes SBSK negeri-negeri. Secara induktif dan deduktif hasil kajian mendapati tugas penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah BSK JKSM adalah termasuk kategori al- D arūriyyāt bertujuan menjaga nyawa (al-Nafs).  Hasil kajian juga mendapati fungsi SBSK negeri-negeri mampu menangani kes tunggakan perintah nafkah secara konsisten sekalipun dengan bidang kuasa yang amat terhad. Kata kunci : Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah Nafkah, Bahagian Sokongan Keluarga, Maqāṣid al-Shari‘ah
    • Correction
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []