language-icon Old Web
English
Sign In

Model sistem audit kewangan sekolah

2008 
Kajian adalah bertujuan untuk menghasilkan satu model sistem audit kewangan sekolah. Kajian dijalankan melibatkan sampel seramai 100 responden terdiri daripada juruaudit sekolah di negeri utara Semenanjung Malaysia (Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis). Soal selidik mengandungi 49 item yang dikelaskan kepada 3 bahagian (Bahagian A berkenaan profil organisasi, mempunyai 4 item; Bahagian B: berkenaan profil responden, mempunyai 4 item; dan Bahagian C berkenaan standard pengauditan, mempunyai 41 item). Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan ANOVA, frekuensi, peratus, crosstab, korelasi dan regresi. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor elemen audit kewangan harus diamalkan dan dipatuhi oleh juruaudit sekolah dalam menjalankan tugas pengauditan. Model ini boleh digunakan oleh juruaudit sekolah kerajaan atau sekolah persendirian, jabatan kerajaan, kerajaan tempatan, badan berkanun, Jabatan Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia, dan Jabatan Audit Negara sendiri.
    • Correction
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []