Faktor kelemahan pelajar dalam mata pelajaran ekonomi asas di peringkat SPM tinjauan di sekolah-sekolah terpilih di negeri Johor

2008 
Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas, SPM. Seramai 2,035 orang pelajar Ekonomi Asas daripada 115 buah sekolah di sekitar negeri Johor telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik untuk mengumpul data. Data seterusnya diproses dengan menggunakan pakej SPSS 15.0. Nilai kekerapan, peratusan, dan min dikira untuk menentukan kecenderungan memusat pengaruh sesuatu faktor terhadap pencapaian pelajar. Ujian korelasi digunakan untuk melihat hubungan antara faktor-faktor yang dikaji dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas. Keputusan kajian ini menunjukkan enam daripada Japan faktor yang dikaji iaitu faktor minat, faktor sikap, faktor pencapaian lalu, faktor keluarga, faktor persekitaran- sekolah dan faktor rakan sebaya mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas. Seterusnya, kajian ini juga mendapati wujud hubungan antara faktor minat dan faktor pencapaian lalu dengan gender.
    • Correction
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []