Persepsi belia terhadap sistem demokrasi dan tahap kesedaran mendaftar sebagai pemilih

2008 
Masyarakat Malaysia masih memandang dingin terhadap hak mereka untuk mendaftar sebagai pemilih dan mengundi di dalam pilihan raya. Senario ini agak membimbangkan jika dibiarkan dalam jangka masa panjang kerana akan menjejaskan semangat cintakan negara dan rasa tanggungjawab rakyat terhadap negara. Ini jelas terbukti dengan statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia yang menunjukkan peningkatan bilangan warganegara yang masih belum mendaftar sebagai pemilih saban tahun. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini membincangkan tentang satu hasil kajian oleh beberapa orang penyelidik Universiti Teknologi Malaysia bertujuan mengenal pasti tahap kesedaran belia terhadap pendaftaran sebagai pemilih iaitu mengenal pasti dan persepsi mereka terhadap sistem demokrasi negara ini. Responden kajian ini terdiri daripada 6300 golongan belia (22 tahun hingga 40 tahun) yang belum mendaftar sebagai pemilih yang dipilih secara persampelan kebetulan dan persampelan ‘snowballing’ di seluruh Malaysia. Soal selidik digunakan bagi mengumpulkan data. Tahap kesedaran sebagai pemilih diukur menerusi tiga faktor iaitu faktor pengetahuan, faktor hak dan faktor tanggungjawab. Hasil kajian menunjukkan walaupun golongan berpotensi ini masih belum mendaftar sebagai pemilih, namun tahap kesedaran mereka terhadap ketiga-tiga faktor tersebut adalah tinggi. Begitu juga majoriti golongan belia ini menyatakan berpuas hati dengan amalan demokrasi dan perjalanan proses pilihan raya di Malaysia. Kajian ini juga ada mencadangkan cara-cara menggalakkan golongan belia yang belum mendaftar supaya segera mendaftar dan mengundi di dalam pilihan raya akan datang.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []