PENGETAHUAN UMUM PEMBAYAR ZAKAT: SUATU TINJAUAN DI NEGERI MELAKA

2019 
Apabila penilaian dilakukan berkenaan hasil kutipan zakat menunjukkan kadar peningkatan kutipan di Pusat Zakat Melaka dari tahun 2016 sehingga 2019. Penelitian ini dibuktikan berdasarkan statistik kutipan zakat di Melaka dan dijangka kutipan tersebut akan terus meningkat pada tahun-tahun seterusnya.  Maka, kajian ini akan menganalisis pengetahuan umum dan keberkesanan daripada amalan dakwah zakat di kalangan pembayar di Zakat Melaka. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 50 orang responden yang terdiri daripada pembayar yang membuat pembayaran zakat di Ibu Pejabat Zakat Melaka dan hasil dapatan dianalisis menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Sciences). Hasil dapatan kajian mendapati bahawa segala amalan dakwah zakat yang dilaksanakan oleh Zakat Melaka mampu memberikan keberkesanan terhadap kesedaran di kalangan pembayar zakat. Maka dengan itu, hasil daripada kesedaran yang timbul dalam kalangan pembayar ini mempengaruhi pola kutipan zakat yang dilihat semakin meningkat dari tahun ke tahun.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []