Personaliti dan Gaya Pembelajaran dalam kalangan pelajar pintar cerdas.

2014 
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenalpasti personaliti dan gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar pintar cerdas di Pusat PERMATA pintar Universiti Kebangsaan Malaysia. teori personaliti "Big Five Personality" dan teori gaya pembelajaran Grasha juga digunakan dalam kajian ini. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat perbezaan personaliti dan gaya pembelajaran pelajar pintar cerdas mengikut jantinadan tingkatan pelajar.Seterusnya kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti sama ada terdapat hubungan antara personaliti dengan gaya pembelajaran itu sendiri.Seramai 160 orang pelajar pintar cerdas terlibat dalam kajian ini. Keseluruhan populasi menjadi sampel kajian ini. Pengumpulan data menggunakan instrumen personaliti dari McCrea & Costa yang telah diadaptasi oleh Rozmi Ismail dan instrumen gaya pembelajaran Grasha yang telah diadaptasi oleh Ruslin bin Amir. Instrumen ini menggunakan skala Likert. Kajian rintis pula telah dijalankan untuk melihat nilai kebolehpercayaan kedua-dua instrumen ini. Keputusan kajian rintis mendapati nilai alpha Cronbach instrumen personaliti 0.93 dan instrumen gaya pembelajaran 0.93. data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Keputusan analisis deskriptif mendapati personaliti dominan pada pelajar ini ialah pada trait persetujuan. Manakala gaya pembelajaran dominan ialah gaya pembelajaran kolaboratif dan kompetitif. Keputusan analisis MANOVA mendapati terdapat perbezaan yang signifikan pada trait personaliti neurotik dan gaya pembelajaran bebas mengikut jantina pelajar. Analisis MANOVA ini juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan pada trait personaliti ekstraversi mengikut tingkatan pelajar. Uji korelasi Pearson juga dijalankan untuk melihat hubungan personaliti dominan dengan gaya pembelajaran dominan. Keputusan analisis Pearson mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara trait persetujuan dengan gaya pembelajaran kolaboratif. Faktor personaliti dan gaya pembelajaran telah dikenalpasti sebagai beberapa faktor yang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran pelajar. Oleh itu pihak sekolah, guru dan pelajar dapat mengambil kira kedua-dua faktor ini bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan reka bentuk kajian yang berbeza serta penambahan pemboleh ubah seperti pencapaian pelajar juga dicadangkan untuk kajian akan datang.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []