Tahap Kesedaran Iman Dan hubungannya Dengan Enam Sifat sahabat Nabi Terhadap Para Pelajar sekolah Menengah

2011 
Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kesedaran iman para pelajar sekolah menengah terhadap program kesedaran iman berdasarkan enam sifat sahabat Nabi s.a.w. Seterusnya kajian juga dijalankan untuk melihat sama ada terdapat hubungan di antara keenam-enam sifat sahabat Nabi s.a.w di dalam diri para pelajar. Seramai 28 orang pelajar tingkatan 4 terdiri dari mereka yang bermasalah disiplin telah diambil secara sampel bertujuan sebagai responden dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan untuk mengukur tahap kesedaran iman berdasarkan enam sifat sahabat Nabi s.a.w ialah soal selidik yang telah dibangunkan oleh penyelidik. Kajian rintis telah dijalankan bagi mendapatkan kebolehpercayaan soal selidik tersebut. Statistik Deskriptif digunakan untuk melihat tahap kesedaran iman, manakala, korelasi Pearson digunakan untuk menguji sama ada terdapat sebarang hubungan di antara keenam-enam sifat sahabat Nabi s.a.w dalam diri pelajar. Hasil kajian mendapati bahawa secara purata tahap kesedaran iman para pelajar berada di tahap yang sangat tinggi iaitu bacaan min sebanyak 4.15. Manakala, daripada 15 ujian korelasi yang dijalankan terhadap sifat-sifat sahabat tersebut, didapati 11 sifat mempunyai korelasi dan empat sifat lagi tidak mempunyai korelasi diantara satu sama lain dalam memupuk kesedaran iman terhadap para pelajar. 11 sifat yang berhubungan tersebut diantaranya ialah kalimah syahadah dengan ilmu dan zikir, solat yang khushu dengan ilmu dan zikir, solat yang khushu dengan ikram muslimin, ilmu dan zikir, ilmu dan zikir dengan ikram muslimin, kalimah syahadah dengan ikhlas kerana Allah s.w.t, ilmu dan zikir dengan ikhlas kerana Allah s.w.t, ikram muslimin dengan ikhlas kerana Allah s.w.t, solat yang khushu dengan dakwah fi sabilillah, ilmu dan zikir dengan dakwah fi sabilillah, ikram muslimin dengan dakwah fi sabilillah dan ikhlas kerana Allah s.w.t dengan dakwah fi sabilillah.
    • Correction
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []