Perjanjian kontrak sosial menurut perspektif parti-parti politik di Melaka : Satu analisa / Nor Azilah Ahmad and Nor Fazilah Abdul Hamid

2008 
Perjanjian Kontrak sosial di kalangan masyarakat Malaysia telah dipersetujui semenjak tahun 1948 lagi dan telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia hingga ke hari ini. Persetujuan itu juga telah dimeterai oleh tiga wakil utama dari kalangan masyarakat Melayu, Cina mahupun India. Wakil-wakil tersebut ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Tun Tan Cheng Lock dan juga Tun Sambathan. Hasil persetujuan itu juga golongan masyarakat Cina dan India telah diiktiraf menjadi salah sebahagian daripada warganegara Malaysia. Manakala golongan masyarakat Cina mahupun India pula telah disyaratkan supaya mengiktirafbeberapa hak keistimewaan yang perlu diberikan kepada seluruh masyarakat Melayu sebagai pertukarannya. Jadi di sinipenulis ingin menyentuh semula isu ini bagi memperjelas kepada masyarakat berkaitan dengan kontrak Sosial, di samping mengkajijuga aspekpemahaman dan perjuangan Parti Lawan dalam menyentuh isu ini. Selain itu, penulisjuga turut memfokuskan kepada perbincangan berkaitan dengan tiga parti lawan utama iaitu PAS, DAP dan Keadilan sebagai latar belakang dalam mengupas isu utama yang diketengahkan. Bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai penjelasan mereka, penulis akan menjalankan sesi temubual kepada tiga (3) wakil pemimpin parti-parti tersebut untuk tujuan pengumpulan dan kesahihan maklumat. Segala maklumat yang didapati kemudiannya akan dihuraikan secara ringkas, jelas dan padat beserta dengan kesimpulan dan penerangan berkaitan dengan isu kontrak sosial tersebut.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []