Humor dalam sesi lawatan pemanduan pelancongan bahasa Jepun

2015 
Kajian ini merupakan satu tinjauan terhadap sisipan humor dalam sesi lawatan pemanduan pelancongan yang diaplikasikan oleh pemandu pelancong Malaysia berbahasa Jepun. Objektif kajian meneliti ciri-ciri dan fungsi humor yang diaplikasikan. Data diperolehi daripada rakaman audio dan visual interaksi antara TG dan pelancong Jepun (PJ) dari lapan set SLPP pakej Free Independence Travellers (FIT). Hasil kajian menunjukkan humor yang disisipkan semasa sesi lawatan bercorak jenaka kata atau berseloroh untuk menimbulkan gelak ketawa semata-mata. Manakala tujuan humor diaplikasikankan bukan hanya untuk menarik minat pelancong agar memberi fokus terhadap penerangan pelancongan malah bertujuan untuk menjalin dan mengekalkan hubungan antara kedua pihak, iaitu pemandu pelancong dan pelancong Jepun. Hubungan yang terjalin ini menjadikan suasana sesi lawatan pemanduan lebih santai dan mesra.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []