Hubungan kecerdasan emosi dengan kecekapan kemahiran dan perkembangan personal dalam kalangan guru-guru Kaunseling daerah Kulaijaya, Johor

2011 
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti hubungan antara tahap kecerdasan emosi (kesedaran kendiri, pengawalan kendiri, motivasi kendiri, empati dan kemahiran sosial) dengan tahap kecekapan kepimpinan kaunseling (kecekapan kemahiran dan perkembangan personal) dalam kalangan guru kaunseling sekolah menengah daerah Kulaijaya, Johor. Sampel kajian terdiri daripada 52 orang guru kaunseling yang dipilih sebagai responden. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan data. Ujian-t dan Anova Satu Hala digunakan bagi mengukur tahap kecerdasan emosi berdasarkan faktor demografi. Teknik statistik pemeratusan, kekerapan, min skor dan sisihan piawai digunakan bagi mengukur tahap kecerdasan emosi dan tahap kecekapan kepimpinan kaunseling, manakala ujian korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis hubungan kecerdasan emosi dengan kecekapan kepimpinan kaunseling. Dapatan kajian mendapati tidak terdapat perbezaan signifikan antara tahap kecerdasan emosi berdasarkan faktor jantina (0.95) dan lokasi sekolah (0.17) tetapi terdapat perbezaan tahap kecerdasan emosi mengikut gred perjawatan(0.00) dan tempoh perkhidmatan (0.00). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa majoriti responden mempunyai tahap kecerdasan emosi yang sederhana (3.41) manakala bagi tahap kecekapan kepimpinan kaunseling berada pada tahap yang tinggi (4.93). Selain itu, hubungan kecerdasan emosi (kesedaran kendiri, pengawalan kendiri, motivasi kendiri, empati dan kemahiran sosial) dengan kecekapan kepimpinan kaunseling (kecekapan kemahiran) mempunyai hubungan signifikan yang sederhana teguh (0.65), manakala hubungan kecerdasan emosi (kesedaran kendiri, pengawalan kendiri, motivasi kendiri, empati dan kemahiran sosial) dengan kecekapan kepimpinan kaunseling (perkembangan personal) juga mempunyai hubungan signifikan yang sederhana teguh (0.67). Implikasi kajian mendapati dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah, pengguasaan kecerdasan emosi yang tinggi perlu dimantapkan dalam usaha untuk meningkatkan kecekapan kepimpinan kaunseling dalam kalangan guru-guru kaunseling. Beberapa cadangan tindakan telah diutarakan oleh penyelidik diakhir kajian ini.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    2
    Citations
    NaN
    KQI
    []