Hubungan antara ciri keusahawanan dan persekitaran kolej dengan komitmen pensyarah dalam pelaksanaan program School Enterprise di kolej vokasional

2015 
Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara ciri keusahawanan dan persekitaran kolej dengan komitmen pensyarah dalam pelaksanaan Program School Enterprise di Kolej Vokasional. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik. Seramai 415 orang pensyarah bidang vokasional daripada 80 buah Kolej Vokasional telah dipilih untuk dijadikan sampel kajian menggunakan teknik persampelan rawak berkadaran. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang diubahsuai berdasarkan kajian oleh Morrow (2004) untuk mengukur komitmen kerja, kajian oleh Yusof, Sandhu dan Singh (2007) untuk mengukur ciri keusahawanan dan kajian oleh Johnson & Stevens (2001) bagi mengukur pemboleh ubah persekitaran kolej. Analisis korelasi menunjukkan wujud hubungan yang signifikan bagi ciri keusahawanan (r = 0.648, p = 0.01) dan persekitaran kolej (r = 0.653, p = 0.01) dengan komitmen pensyarah dalam pelaksanaan Program School Enterprise. Hasil kajian juga mendapati bahawa ciri keusahawanan dan persekitaran kolej adalah faktor signifikan dalam mempengaruhi komitmen pensyarah dalam pelaksanaan Program School Enterprise.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []