Kesediaan guru pelatih terhadap penempatan di sekolah bukan pilihan: kajian ke atas guru pelatih tahun akhir Fakulti Pendidikan Teknikal , Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

2010 
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan guru pelatih Fakulti Pendidikan Teknikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia terhadap penempatan mengajar di kawasan bukan pilihan. Kajian merangkumi faktor yang dominan dalam pemilihan penempatan mengajar, tahap kesediaan dari aspek penerimaan, pengetahuan dan motivasi.serta perbandingan tahap kesediaan antara lelaki dan perempuan. Kajian ini melibatkan 155 orang responden tahun akhir dan terdiri daripada 103 orang perempuan dan 52 orang lelaki. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A (4 item demografi responden),bahagian B (1 item faktor yang dominan) dan C (24 item objektif). Data-data bahagian A, B dan C yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) 16.0 untuk mendapatkan bentuk peratusan, kekerapan dan min. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach adalah 0.73. Dapatan kajian mendapati pemilihan di Negeri tempat tinggal tetap merupakan faktor pemilihan penempatan yang dominan. Dapatan kajian juga mendapati tahap kesediaan dari aspek penerimaan, pengetahuan dan motivasi guru pelatih berada pada tahap sederhana. Berdasarkan perbandingan antara faktor gender, guru pelatih perempuan lebih bersedia daripada kedua-dua aspek berbanding guru pelatih lelaki. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan tahap kesediaan guru pelatih masih berada pada tahap sederhana.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []