Kajian literatur : dialog agama perkongsian aktiviti dalam kalangan masyarakat awam di Malaysia / Azarudin Awang and Khadijah Mohd Khambali@Hambali

2013 
Dialog merupakan satu bentuk perbincangan atau wacana secara ilmiah bagi mencari titik pertemuan kerana wujudnya perbezaan agama dan keyakinan. Dalam konteks hubungan antara agama dan budaya, dialog bertujuan mengikis konflik antara agama dengan memupuk kefahaman dan kasih sayang antara sesama manusia yang berbeza agama. Justeru, dialog agama ialah satu disiplin untuk mempelajari, memahami, berkongsi pandangan mengenai perbezaan yang wujud dalam kehidupan yang pelbagai budaya dan agama. Dialog agama dalam lingkungan masyarakat awam merupakan satu pendekatan untuk merapatkan hubungan antara masyarakat yang berbeza agama dan budaya dari akar umbi melalui penglibatan aktiviti seharian secara tidak formal. Kebanyakan sarjana memberi tumpuan disiplin dialog sebagai wasilah keharmonian hubungan inter-agama khususnya antara Islam dan Kristian. Kalangan sarjana tempatan mengupas aspek dialog dalam kerangka Islam dan bentuk-bentuk dialog yang merangkumi hubungan yang berlaku dalam kalangan masyarakat awam. Metodologi yang digunakan dalam kertas kerja ini ialah kajian tinjauan terhadap penulisan yang lepas yang membicarakan tentang dialog agama sebagai subjek kajian. Kajian tinjauan ini sangat penting kerana ia merupakan input awal terhadap kajian yang berikutnya.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []