language-icon Old Web
English
Sign In

Kualiti hidup peladang

2014 
Tidak dinafikan setiap manusia di bumi ini menginginkan kualiti hidup yang baik, yang merangkumi pelbagai bidang kehidupan.Walaupun begitu ukuan kualiti hidup ini sebenarnya begitu subjektif, terutama kerana penilaiannya berbeza di antara seseorang dengan seseorang yang lain.Malah kehidupan dan kualiti hidup itu sentiasa berubah dan amat dinamik menurut peredaran masa dan zaman. Begitu juga dengan pihak peladang yang menetap dan bekerja di estet-estet pertanian, memerlukan kualiti hidup yang baik bagi kelangsungan hidup mereka.Dengan responden seramai 106 orang dan melalui analisis kuantitatif, kajian ini cuba menyelami kualiti hidup mereka di ladang.Objektif kajian adalah bagi melihat kadar gaji pekerja di dalam sektor perladangan, kemudahan dan program-program kebajikan yang disediakan oleh majikan serta persepsi peladang terhadap kehidupan mereka di ladang.Penemuan mendapati, gaji diterima peladang di sekitar RM2000-RM3000 sebulan dan jumlah ini bagi peladang adalah tidak mencukupi dan mereka menuntut kenaikan gaji dari majikan. Peladang juga mahukan kualiti kemudahankemudahan asas seperti perumahan dan sekolah dipertingkatkan.Sementara, peladang juga menghendaki majikan memberi mereka ruang dan sokongan pada pelbagai kegiatan sosial.Bagi mereka kehidupan di ladang kurang memuaskan.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []