Pemetaan sedimen terampai menggunakan aplikasi penderiaan jauh ke arah mengekalkan kelestarian Tasik Temenggor, Gerik, Perak

2015 
Sedimen adalah bahan semulajadi yang diuraikan oleh proses luluhawa dan hakisan yang disebarkan oleh tindakan angin, air atau ais, atau dengan daya graviti yang bertindak ke atas zarah. Jumlah kepekatan sedimen terampai yang pelbagai di sungai boleh ditentukan dengan menggunakan teknik penderiaan jauh. Penderiaan jauh adalah perolehan maklumat tentang objek atau fenomena tanpa membuat hubungan fizikal dengan objek dan dengan itu berbeza dengan pemerhatian in-situ. Penderiaan jauh umumnya merujuk kepada penggunaan teknologi penjejak udara dengan mengesan dan mengelaskan objek di bumi dengan cara isyarat perambatan. Kajian ini memberi penekanan kepada pemetaan sedimen terampai menerusi imej satelit Landsat-8 TM yang digunakan dalam menentukan kepekatan sedimen terampai bagi mengekalkan kelestarian Tasik Temenggor, Gerik, Perak. Hasil kajian ini menunjukkan imej dari satelit Landsat-8 TM boleh digunakan untuk memetakan kepekatan sedimen terampai di Tasik Temenggor.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []