Amalan Keibubapaan Dalam Pembentukan Konsep Kendari Dalam Personaliti Di Kalangan Pelajar.

2006 
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara amalan keibubapaan dengan konsep kendiri dan personaliti di kalangan pelajar sekolah menengah di Zon Ulu Tiram. Seramai 120 orang pelajar dari tiga buah sekolah telah dipilih secara rawak untuk menjadi responden dalam kajian ini. Instrumen berbentuk soal selidik digunakan dalam kajian ini iaitu Parental Behaviour Inventory (PBI) untuk menguji amalan keibubapaan dengan indeks kebolehpercayaan 0.79, Skala Konsep Kendiri Tennessee yang mempunyai kebolehpercayaan 0.87 digunakan untuk mengukur konsep kendiri pelajar serta Inventory Personality Junior Eysenck (JEPI) dalam versi Bahasa Melayu yang mempunyai indeks kebolehpercayaan 0.57 digunakan bagi menguji bentuk personaliti pelajar dalam kajian. Statistik deskriptif dan Korelasi Pearson digunakan dalam menganalisa hubungan antara amalan keibubapaan dengan konsep kendiri dan personaliti di kalangan pelajar dengan aras signifikan 0.05. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 11.0 for windows. Hasil analisis mengenai hubungan antara amalan keibubapaan jenis autokratik, demokratik dan permisif dengan konsep kendiri masing-masing ialah 0.13, 0.12 dan -0.06. Sementara hubungan antara amalan keibubapaan jenis autokratik dengan bentuk personaliti esktroversi ialah 0.06 dan neurotisme -0.04. Hubungan antara amalan keibubapaan jenis demokratik dengan bentuk personality ekstroversi 0.18 dan neurotisme 0.001. Hubungan amalan keibubapaan jenis permisif dengan bentuk personaliti ekstroversi ialah 0.07 dan neurotisme pula 0.013 Beberapa implikasi daripada dapatan kajian dan cadangan-cadangan untuk kajian lanjutan dikemukakan. Antaranya ibu bapa hendaklah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti di sekolah anak mereka. Secara keseluruhannnya, kajian ini diharap bermanfaat kepada semua pihak.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []