Program peningkatan akademik pelajar: Penambahbaikan pelaksanaan program SIMPLE di Fakulti Kejuruteraan Awam,UiTM Pahang / Noraida Mohd Saim …[et al.]

2013 
Fakulti Kejuruteraan Awam di bawah program pembangunan akademik pelajar telah mengambil inisiatif melaksanakan modul program Student Improvement of Learning. (SIMPLE) yang mensasarkan kumpulan pelajar yang gagal di dalam kursus Kejuruteraan Awam dan mendapat GPA kurang daripada 2.30. Program ini telah dibangunkan dan dilaksanakan bermula semester Jun-November 20iO. Selepas tiga semester modul ini dilaksanakan, penambahbaikan telah dilakukan bagi meningkatkan lagi keberkesanannya untuk mengatasi masalah akademik pelajar. Dengan mengadakan dua siri bengkel pada setiap semester berbanding sekali sahaja sebelum ini bagi setiap sub-bidang iaitu Structure and Material (C&S), Construction, Business and Project Management (CBPM), Geotechnical and Highway Engineering (GeoTrEn) dan juga Water Resources and Environmental System (WRES), dilihat dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar . Sistem Buddy turut diperkenalkan di dalam program ini di mana rakan sekelas atau rakan sepengajian saling memberikan tunjuk ajar di dalam kumpulan pelajar yang lebih kecil. Modus operandi SIMPLE adalah untuk memperkasakan pelajar ke arah lebih memahami jenis pengajian Kejuruteraan Awam iaitu deskriptif, analisis, tugasan (projek) dan praktikal (kerja makmal). Asas deskriptif dan analisa banyak diuji melalui ujian-ujian dan peperiksaan akhir. maka melalui program SIMPLE penekanan diberikan terhadap kaedah memahami masalah, menganalisa masalah dan menyelesaikan masalah dengan menggunakan persamaan dan kaedah yang tepat. Selain itu, kegagalan pelajar juga dikenalpasti berpunca daripada kurang berminat dengan kursus teori (pembacaan) kerana tidak dapat menguasai konsep teori tersebut dan akhirnya tidak mampu untuk mengaplikasikannya dalam menyelesaikan permasalahan yang diberikan. Daripada perbandingan yang dibuat melalui kumpulan pelajar yang gagal dan mengulang semuia kursus gagal itu setelah mengikuti program SIMPLE didapati bilangan gagal semula berkurangan dengan purata adalah 10%. Selain itu, dengan penjadualan bengkel SiMPLE yang lebih teratur turut dapat mengatasi masalah pertindihan waktu bengkel SiMPLE dengan waktu ujian atau kuliah yang boleh menyebabkan pelajar tidak hadir pelajar ke bengkel SIMPLE sebelum ini. Secara keseluruhannya. program SIMPLE ini banyak membantu pelajar untuk lebih meminati, memahami dan yakin untuk berjaya dalam satu-satu kursus Kejuruteraan Awamyang dirasakan sukar sebelum ini.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []