Hubungan Stres Dan Hendak Berhenti Kerja Dikalangan Guru-guru Kaunseling Sekolah-sekolah Menengah Daerah Johor Bahru.
2006
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tiga persoalan utama berkaitan stres di kalangan guru kaunseling. Persoalan pertama, apakah tahap dan punca stres di kalangan guru kaunseling sekolah-sekolah menengah di Daerah Johor Bahru. Persoalan kedua, adakah terdapat perbezaan stres kerja di kalangan guru-guru kaunseling sekolah menengah mengikut faktor-faktor demografi dan persoalan ketiga, adakah terdapat hubungan stres dengan hendak berhenti kerja. Seramai 113 orang guru kaunseling (n=113) dari sekolah-sekolah menengah Daerah Johor Bahru telah dipilih secara rawak bersistematik untuk memberi respon kepada instrumen soal selidik yang disediakan. Soal selidik Teacher Stress Invernoty dari Boyle, Borg, Falzon dan Baglioni (1995) dalam Syed Hassan. (1997) telah pengkaji untuk direspon kepada kaunselor-kaunselor sekolah menengah. Data-data dan dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 11.0. Teknik statistik seperti pemeratusan dan min telah digunakan bagi analisis deskriptif manakala teknik statistik ujian t dan pekali korelasi r dingunakan bagi melihat perbezaan dan perhubungan. Keputusan kajian menunjukkan guru-guru kaunseling menghadapi stres yang sederhana. Secara keseluruhannya faktor utama yang mempengaruhi stres ialah ciri tugas manakala faktor yang paling rendah mengganggu adalah faktor peraturan sekolah. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara stres dari aspek peraturan sekolah dengan hendak berhenti kerja dengan lemah.
Keywords:
- Correction
- Cite
- Save
- Machine Reading By IdeaReader
0
References
1
Citations
NaN
KQI