KEINDAHAN GAYA BAHASA DALAM PUISI YUSUF QARADAWI

2021 
Puisi merupakan salah satu medium atau wasilah yang boleh digunakan dalam berdakwah. Pada zaman Rasulullah SAW, pemuisi mendapat sanjungan dalam masyarakat lantaran sumbangan yang diberikan dalam mempertahankan Islam daripada serangan musuh. Musuh Islam menggunakan puisi untuk mengecam Islam dan memperolok-olokkan dakwah Rasulullah SAW. Perjuangan anbia diteruskan oleh para sahabat r.a., ulama dan solihin. Antara ulama yang dikenali dunia termasuklah Yusuf al-Qaradawi. Beliau bukan sahaja mahir dalam bidang fiqah, dakwah bahkan turut mengasaskan pertubuhan yang menghimpunkan ilmuwan seluruh dunia. Selain fiqah, beliau turut memiliki ketokohan dalam bidang bahasa. Buktinya, Yusuf al-Qaradawi mempunyai antologi puisinya yang tersendiri. Namun, kewibawaan beliau dalam bidang bahasa ini kurang dikenali di kalangan khalayak umum. Oleh yang demikian, artikel ini menganalisis sebahagian bait puisi yang disampaikan oleh beliau bagi menyerlahkan kewibawaan dan ketokohan serta kepakaran beliau dalam bidang bahasa Arab. Dapatan kajian menunjukkan puisi beliau mempunyai nilai bahasa yang tinggi dan menarik. Dengan yang demikian wajarlah ketokohan Yusuf al-Qaradawi dalam bidang bahasa diketengahkan untuk dimanfaatkan oleh segenap generasi selain karya-karya beliau yang lain dalam pelbagai bidang. Melalui puisi ini juga kefasihan pemuisi dapat diserlahkan dan ditonjolkan sekaligus mencerminkan kepakaran sarjana ulung ini dalam pelbagai bidang. Kewibawaan beliau bukan sahaja dalam fiqah, usul fiqah, perundangan Islam, kewangan Islam bahkan dalam bidang kesusasteraan Arab juga. Melalui dapatan ini dicadangkan agar karya puisi Qaradawi turut diangkat dan dijadikan setaraf dengan penulisan-penulisan beliau yang lain. Harus semua penuntut ilmu membuka mata dan mengambil langkah proaktif untuk memperhebatkan kajian terhadap bakat Yusuf Qaradawi di dalam bidang bahasa dan kesusasteraan.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []