Penggunaan kaedah ‘Pass The Marker!’ dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) subjek ekonomi / Fadli Fizari Abu Hassan Asari and Azlina Mat Saad
2019
Subjek-subjek ekonomi kaya dengan pelbagai jenis gambarajah dan persamaan. Justeru, lakaran graf dan penyelesaian persamaan adalah kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai para pelajar. Bagaimanapun, kaedah pengajaran yang terlalu menggunakan slaid, adakalanya menyekat perkembangan
kemahiran-kemahiran asas ini. Justeru kaedah ‘Pass the Marker!’ telah diperkenalkan oleh penulis. Kaedah seakan ‘Chalk and Talk’ ini digunakan bersama konsep-konsep lain seperti Ekono‘Cinta’Metrik, Ekono‘Cinta’ dan Ekono‘Raya’. Ianya didapati berjaya memberikan pemahaman yang kukuh selain mengurangkan kadar kegagalan subjek secara drastik. Selain itu kaedah ini berjaya membantu para pelajar memenangi pingat di pertandingan inovasi. Juga, tugasan kelas para pelajar berjaya diangkat sebagai kertas kerja di persidangan antarabangsa. Kesemuanya bermula dengan kaedah ‘Pass the Marker!’ ini.
- Correction
- Source
- Cite
- Save
- Machine Reading By IdeaReader
0
References
0
Citations
NaN
KQI