Peralihan bahasa dalam kalangan dua generasi Cham Malaysia

2020 
Peralihan bahasa merupakan situasi yang memperlihatkan masyarakat secara keseluruhannya memilih untuk menggunakan bahasa asing dengan lebih kerap dan berterusan sehingga menjejaskan bahasa ibunda. Isu peralihan bahasa sering berlaku dalam kalangan minoriti terutamanya mereka yang berhijrah ke dalam masyarakat multilingual. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji peralihan bahasa dalam domain kekeluargaan masyarakat Cham yang telah berhijrah ke Malaysia berdasarkan analisis domain penggunaan bahasa dan teori mobiliti sosial. Kajian ini dilakukan di dua kampung Cham di Ulu Tiram Johor. Sebanyak enam belas informan yang berusia dalam lingkungan 12-64 tahun terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada lapan orang generasi pertama dan lapan orang generasi kedua. Data kajian diperoleh melalui kerja lapangan dengan melakukan temu bual bersemuka separa berstruktur. Semua temu bual dirakam dengan izin informan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa domain kekeluargaan tidak mampu mengekalkan bahasa Cham apabila sebahagian besar informan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa yang dominan sesama ahli keluarga. Empat informan generasi kedua pula telah beralih sepenuhnya daripada bahasa Cham kepada bahasa Melayu. Faktor mobiliti sosial, iaitu keetnikan, perubahan etnik dan nasionalisme wilayah telah menyumbang kepada peralihan bahasa Cham. Kajian ini menyimpulkan bahawa peralihan bahasa Cham telah bermula seawal generasi kedua tetapi belum lagi mencapai skala yang menyeluruh. Oleh itu, usaha pelestarian bahasa Cham wajar dilakukan agar bahasa Cham terus kekal di Malaysia.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []