Job Satisfaction Levels Among Academic Staff In Universiti Teknologi Malaysia

2012 
Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau tahap kepuasan kerja di kalangan staf akademik yang berkidmat di Universiti Teknologi Malaysia dan mengkaji perbezaan antara pembolehubah demografi (tempoh perkhidmatan dan kedudukan pangkat)dalam sepuluh faktor kepuasan kerja.Staff akademik sesebuah institusi pendidikan tinggi adalah sumber utama dan memainkan peranan penting dalam mencapai objektif institusi maka kepuasan mereka di tempat kerja memberikan kesan kepada insttitusi.Bilangan responden kajian ini adalah seratus enam puluh tiga dengan peratus maklumbalas sebanyak 54 peratus.Dapatan kajian menunjukkan staf akademik mempunyai kepuasan yang sederhana terhadap keseluruhan kandungan dan konteks kerja.Staf academik mempunyai kepuasan yang paling tinggi terhadap kerja sendiri diikuti dengan ketua jabatan, manakala kepuasan yang paling rendah terhadap dana penyelidikan dan geran.Di samping itu,hasil kajian menunjukkan perbezaan yang ketara antara tempoh perkhidmatan staf akademik dalam faktor-faktor kepuasan kerja(pengiktirafan,interaksi dengan rakan sekerja dan keadaan kerja).Kepuasan staf akademik dalam interaksi dengan rakan sekerja berbeza antara kedudukan pangkat mereka.Staf akademik menghadapi masalah dengan kerja-kerja pentadbiran,pengkhusuan,sikap ketua jabatan,kerjasama antara rakan sekerja,proses kanaikan pangkat,latihan,kepimpinan orang atasan,kemudahan,keutamaan untuk pengiktirafan,skim gaji dan dana penyelidikan dan geran yang terhad.dalam laporan ini beberapa cadangan telah dikemukakan kepada pihak pengurusan UTM untuk meningkatkan sokongan kepada staf akademik bagi meningkatkan kepuasan kerja mereka.
    • Correction
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []