Kelangsungan sumberjaya pelancongan negaramelalui penerapan konsep pelancongan lestari: aspek untuk pertimbangan

2018 
Perkembangan industri pelancongan yang amat besar saban tahun memberikan indikasi bahawa pelancongan selayaknya menerima pengiktirafan sehagai antara penyumbang terbesar ekonomi sejagat. Pelhagai impak yang tercetus sebelum, semasa dan selepas aktiviti berkaitan pelancongan ini dijalankan menunjukkan bahawa industri manusia (people indushy) ini adalah bersifat dinamik dan mampu rnensejahterakan urnat manusia sekiranya dibangunkan dalam konteks dan mang lingkup yang memberikan penekanan terhadap pembangunan sahsiah insan dan manusia sejagat. Keupayaan pelancongan yang berpotensi menyumbang kepada impak negatifjuga perlu diberi tumpuan dan dipertimbangkan sewajamya oleh pihak hetkepentingan. Kenyataannya, kebanyakan tarikan utama pelancongan adalah berkaitan dengan elemen alam semulajadi dan warisan yang sememangnya tidak dapat diperbaharui; justeru, usaba pemeliharaan dan pemuliharaan sumberjaya yang berkenaan adalah amat diperlukan dan perlu dilaksanakan secara hertemsan. Pendekatan pembangunan pelancongan lestari bagi setiap perancangan pelancongan adalah amat diperlukan kerana sekiranya sumberjaya pelancongan dimusnah atau dimansuhkan, maka sesebuah kawasan atau destinasi pelancongan itu tidak lagi dapat menarik pelanwng dan akhimya pelancongan di kawasan berkenaan akan gagal. Justem, kertas konseptual ini membincangkan beberapa aspek berkenaan pelancongan lestari dalam membantu usaha kelangsungan sumberjaya pelancongan negara untuk terus dinikmati oleh generasi hari ini dan masa hadapan.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []