Transduser optik hidrogen peroksida berasaskan enzim peroksidase terpegun dalam monolit hibrid sol-gel-kitosan

2006 
Kajian pemegunan enzim peroksidase dalam membran hibrid sol-gel-kitosan untuk penyediaan transduser optik hidrogen peroksida telah dilakukan dalam pembinaan biosensor. Kajian ini merangkumi pengoptimuman nisbah sol-gel-kitosan, pencirian enzim dalam larutan bebas dan pemegunan enzim dalam hibrid sol-gel-kitosan serta penciriannya. Spektrum serapan bagi setiap pencirian ditentukan menggunakan Spektrofotometer uL-Nampak. Hasil kajian menunjukkan aktiviti enzim tidak berubah selepas pemegunan. Nisbah optimum hibrid sol-gel-kitosan adalah 4:6. Nilai sisihan piawai relatif (RSD) untuk kebolehulangan kaedah ini adalah 2.71% dan 3.76%, masing-masingnya untuk enzim bebas dan enzim terpegun.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []