Seni cetak masa kini di Malaysia: tinjauan umum menerusi pameran-pameran berkumpulan

2019 
Seni cetak adalah salah satu disiplin dalam seni halus yang mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri sama seperti seni visual yang lain. Namun begitu, ia kurang diberi perhatian berbanding seni catan dalam perkembangan seni moden Malaysia sejak tahun 1930-an. Kemunculan trend pluralis sekitar tahun 1990-an, telah memperlihatkan kepelbagaian media dan teknik diaplikasikan dalam karya seni visual yang secara tidak langsung meminggirkan lagi kedudukkan seni cetak sebagai satu bentuk disiplin dalam seni halus. Pameran yang khusus tentang seni cetak, dapat dijadikan sebagai salah satu mekanisme untuk mengukur penglibatan artis seni visual dan melihat perkembangan karya seni cetak itu sendiri dalam perkembangan seni tempatan. Menerusi pemerhatian umum, pameran bertema seni cetak telah kerap diadakan secara berkumpulan sejak kebelakangan ini. Oleh itu, penulisan ini bertujuan meninjau perkembangan seni cetak oleh artis-artis seni visual Malaysia menerusi pameran berkumpulan yang telah berlangsung dalam negara, khususnya yang melibatkan seni cetak. Hasil tinjauan umum mendapati, lebih ramai artis telah menghasilkan karya seni cetak dengan pendekatan kontemporari. Manakala seni cetak konvensional telah dipopularkan semula. Kepelbagaian bentuk dan makna karya seni cetak yang dihasilkan ini, menunjukkan satu perkembangan positif dalam bidang seni cetak di Malaysia.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []