Analisis kerelevanan kurikulum kursus pemikiran dan tamadun Islam (CTU151) terhadap pelajar di UiTM / Rubiah Abu Bakar … [et al.]

2017 
Kerelevanan antara bahan pengajaran dan penilaian memberi impak yang besar kepada pembangunan modal insan. Pembelajaran banyak bergantung kepada dinamik interaksi antara dua elemen utama tersebut.Kertas kerja cadangan kajian kerelevanan kursus Pemikiran dan Tamadun Islam (CTU151)iaitu satu matapelajaran Pendidikan Islam di UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu dirangka atas tujuan untuk menganalisa kesesuaian kursus tersebut kepada pelajar.Tumpuan kajian adalah untuk melihat tahap serta hubungan kandungan dan penilaian kursus. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang akan melibatkan seramai 100 orang pelajar yang akan dipilih secara rawak dan soal selidik akan digunakan sebagai instrumen kajian. Kajian rintis akan dijalankan bagi melihat kebolehpercayaan instrumen dengan menggunakan Alpha Cronbach. Satu set borang soal selidik yang mengandungi bahagian A (demografi responden) dan bahagian B, C dan D (Soalan yang berkaitan pembolehubah) akan digunakan. Data akan dianalisa menggunakan perisian SPSS (Statistic Packages For Sosial Science) dan akan dilaporkan dalam bentuk statistik deskriptif berbentuk min, peratusan dan sisihan piawai serta statistik inferensi untuk meihat hubungan. Analisa kolerasi akan digunakan bagi melihat kolerasi pembolehubah kajian. Hasil keputusan yang akan didapati dari kajian ini akan memberi satu natijah dan jawaban kepada kerelevanan kursus CTU 151 kepada pelajar samada perlu penambahbaikan atau sebaliknya.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []