Biotransformasi Asid Lemak oleh Pseudomonas Sp. Strain SS22
2002
Pseudomonas sp. strain 8822 ialah bakteria Gram-negatif, berbentuk kokoid-rod,
aerobik dan tidak berspora. 8train ini merupakan pencil an daripada sebuah kolam
oksidasi kilang minyak kelapa sawit, DIu Langat, 8elangor, Malaysia. Keupayaan
strain 8822 untuk mentransfonnasikan asid Iemak tepu dan tak tepu kepada produk
berguna telah dikaji. Berdasarkan analisis TLe, GC, FTIR dan GC-M8, didapati
strain SS22 berkeupayaan untuk mengasimilasi asid lemak tepu dan tak tepu sebagai
sumber karbon dan mentransfonnasikannya kepada produk baru selepas 7 hari. Hasil
kajian seterusnya menunjukkan bahawa strain SS22 menunjukkan kecenderungan
yang tinggi untuk mentransfonnasikan asid lemak tepu berantai pendek berbanding
asid lemak tak tepu untuk menghasilkan produk yang berguna. Turutan keupayaan
yang menurun untuk biotransformasi adalah seperti berikut; asid miristik > asid
laurik > asid oleik > asid linoleik > asid palmitik > asid stearik. Spektrum FTIR
menunjukkan bahawa produk biotransformasi yang terhasil adalah daripada
kumpulan amida atau/dan keton atauldan asid karboksilik bagi asid Iemak tepu dan
produk ester atau asid karboksilik bagi asid lemak tak tepu. Keputusan FTIR
disokong oleh hasil analisis GC-MS yang menunjukkan bahawa produk yang terhasil daripada biotransfonnasi asid laurik dan asid miristik ialah asid 9(Z)-oktadekenoik
dan 9(Z)-oktadekenamida. Sebaliknya, hasil biotransfonnasi asid palmitik dan asid
stearik hanyalah terdiri daripada sebatian hidrokarbon. Asid oleik dan asid linoleik,
masing-masing ditransformasikan kepada asid 9-heksadekenoik dan 11 (Z)oktadekenoik
metil ester atau 9(Z)-oktadekenoik-metil ester.
Keywords:
- Correction
- Source
- Cite
- Save
- Machine Reading By IdeaReader
0
References
0
Citations
NaN
KQI