Pembangunan Sistem Maklumat Bagi Projek Sarjana muda Fakulti Pendidikan

2007 
Pada masa kini, fokus kerajaan ialah menjurus ke arah sistem berkomputer berpangkalan data yang lebih efisyen bagi mengurangkan proses berasaskan manual sediada. Justeru itu, pengkaji melihat pengurusan yang lebih sistematik perlu dilaksanakan selaras dengan penggunaan komputer dalam pengurusan bagi Projek Sarjana Muda di Fakulti Pendidikan. Sistem Maklumat Projek Sarjana Muda Fakulti Pendidikan dibangunkan bertujuan memproses maklumat pelajar dan penyelia yang terlibat dalam projek tersebut. Terdapat dua jenis pengguna yang dibenarkan menggunakan perisian ini, iaitu para pelajar dan penyelaras jabatan. Melalui sistem ini, pelajar dapat mendaftar maklumat PSM mereka dengan lebih mudah dan efisyen. Selain dari mengemaskini maklumat pelajar, sistem ini membenarkan penyelaras jabatan mendaftar serta mengemaskini maklumat penyelia. Sistem ini juga dapat memaparkan maklumat pembentangan PSM pelajar. Sistem maklumat ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft Visual Basic 6.0 sebagai platform pembangunan dan disokong oleh perisian Microsoft Access 2003 yang mana bertindak sebagai pangkalan data. Hasil daripada pembangunan sistem ini, ia dapat membantu dalam proses menyimpan, membuang, mengemaskini serta mencetak maklumat-maklumat yang berkaitan.
    • Correction
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []