Tahap amalan kaedah hafazan al-Quran dalam kalangan pelajar program al-Quran IMTIAZ / Azman Che Mat … [et al.]

2019 
Kaedah hafazan al-Quran merupakan amalan yang dilakukan oleh para penghafaz al-Quran untuk menguasai hafazan al-Quran yang lengkap, iaitu 30 juzuk. Pelbagai kaedah yang digunakan oleh pelajar untuk dipelajari sendiri mahupun apabila disampaikan oleh guru. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah dan juga tahap amalan kaedah hafazan al-Quran dalam kalangan pelajar IMTIAZ. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif-deskriptif dari aspek jenis data yang dipilih dan kaedah analisis. Instrumen kajian ini adalah soal selidik yang dibangunkan oleh penyelidik mengikut konstruk yang dirujuk berdasarkan kaedah hafazan al-Ghawthāni (1998). Kajian ini mendapati bahawa tahap amalan kaedah hafazan dalam kalangan responden secara umumnya adalah tinggi, namun ada sebahagian kaedah yang mendapat maklum balas yang rendah dan memerlukan perhatian.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []