Pengaruh adat perpatih dan agama dalam rekabentuk rumah traditional bumbung panjang di Negeri Sembilan / Othman Mohd Nor ... [et al.]

2012 
Kedatangan migrasi masyarakat perantau Minangkabau ke Tanah Melayu suatu ketika dulu telah membawa masuk pengaruh dalam masyarakat terutama dalam budaya dan senibina. Salah satu pengaruh kuat yang dibawa adalah sistem Adat Perpatih yang diamalkan oleh majoriti masyarakat di Negeri Sembilan sehingga kini. Pengaruh ini diterima pakai oleh masyarakat pada masa itu kerana ia berpegang kuat kepada hukum Al Quran dan mengamalkan sistem matrilineal yang melindungi kaum wanita. Aturan hidup masyrakat Adat Perpatih adalah berlandaskan Islam dan Adat perpatih itu sendiri termasuklah sistem kekeluargaan dan sistem pembahagian harta pusaka. Oleh itu adat dan Islam saling lengkap melengkapi sehingga masyarakat adat mengganggap hubungan keduaanya begitu jitu. Senibina rumah tradisional bumbung panjang Negeri Sembilan, adalah contoh terbaik hasil hubungan erat adat dan Islam. Kertas kajian ini akan mengkaji secara terperinci konsep kesatuan dan privasi pada senibina rumah tradisional bumbung panjang di Negeri Sembilan.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []